Kelas ICT & Soft Skills

15 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

14 Januari 2024, Ahad – Kelas ICT telah diadakan untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai akaun Gmail. Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai Gmail. Seterusnya, pelajar mempelajari cara untuk mendaftar akaun gmail dan cara untuk menghantar email.

Kelas Canva juga telah diadakan untuk mereka poster Hari Wilayah Persekutuan tahun 2024. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai Canva dan membuat poster menggunakan laman web tersebut. Pelajar juga diberi penerangan mengenai Hari Wilayah Persekutuan yang disambut setiap tahun pada 1hb Februari. Kelas diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seramai 10 orang pelajar sekolah yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas